Categories
Uncategorized

ZEN TROPIKA

KETENANGAN ZEN DALAM KEINDAHAN TROPIKA

 

Zen Tropika – Melangkah kedalam dunia yang tenang dimana ruang yang lebih besar memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan kehidupan. Gabungan nama “Zen” & “Tropika” itu sendiri telah melambangkan keselarasan antara kedamaian Zen dan keindahan alam Tropika. Ia menghadirkan suasana yang menenangkan dan menyegarkan, seolah membawa kita menelusuri kedamaian tropika di tengah kesibukan kota.

 

Salah satu ciri unik Zen Tropika adalah keluasan dapurnya yang menjadi impian para wanita & isteri. Seringkali kita lupa bahawa dapur adalah ruang privasi yang paling penting bagi sesebuah rumah. Disinilah terciptanya air tangan kasih sayang seorang ibu & isteri memasak makanan kegemaran yang sihat buat keluarga setiap hari.

 

Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak lari daripada menikmati makanan-makanan tradisi yang memiliki pelbagai citarasa unik dan memikat. Proses memasak sudah pastinya menghasilkan aroma yang kuat & asap yang tebal dimana elemen inilah yang menjadikan masakan Malaysia sangat unik. Oleh itu, sebagai pemaju perumahan yang mementingkan keselesaan pemilik rumah, TKB telah menginovasikan sebuah rumah yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan & pencahayaan yang baik. Setelah bertungkus lumus di dapur, para ibu & isteri dapat berehat dengan tenang kerana ruang dapur & rumah sentiasa dalam keadaan bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *