Categories
Uncategorized

TKB SHOW VILLAGE

GAYA HIDUP IMPIAN 

DI TKB

Selamat datang ke pertunjukan agung “Gaya Hidup Impian” Bersama Team Keris Berhad (TKB). Kini, kehidupan seharian bukan sahaja mengenai tempat tinggal & tempat perlindungan biasa, tetapi ia lebih daripada itu. Pandemik Covid-19 telah mengajar setiap insan untuk lebih menghargai detik kehidupan terutama sekali apabila bersama keluarga tersayang di rumah.

 

TKB mengambil aspirasi ini untuk membina sebuah pembangunan perumahan yang direka istimewa untuk anda yang menghargai nilai kasih sayang di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Oleh yang demikian, pembangunan yang diberi nama “LIFE” ataupun “KEHIDUPAN” ini memberi satu nafas baru kepada setiap keluarga untuk menjalani sebuah “Gaya Hidup Impian”.

 

LIFE, terdiri daripada 5 tipologi utama iaitu Zen Tropika, BungalowDees, Garden @ the Top, Ginza & Jia. Pembangunan besar yang dianggarkan bernilai 30 juta di Perak ini merangkumi pelbagai komponen & lingkungan harga. Setiap pembangunan direka dengan penuh teliti & mempunyai maksudnya yang tersendiri secara lebih mendalam. Kelima-lima pembangunan ini dibina diatas sebuah tanah lapang yang berkeluasan lebih daripada 65 ekar. Lebih menarik, LIFE adalah satu-satunya pembangunan mampan dimana kelima-lima pembangunan dijangka siap & boleh didiami secara serentak pada awal tahun 2025. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *