Categories
Uncategorized

GARDENS @ THE TOP

KETENANGAN ALAM SEMULA JADI

Garden @ the Top – Sesuai dengan namanya, kehijauan alam sudah pasti menjadi tarikan utama. Garden @ the Top merupakan satu-satunya pembangunan perumahan di Ipoh dimana setiap bilik di Tingkat 1 disajikan dengan keindahan pemandangan halaman rumah yang hijau dengan pohon-pohon tanaman & suara kicauan burung.

Ruang ini bukan sekadar ruang biasa kerana ia boleh menjadi ruang privasi keluarga yang istimewa. Reka bentuk rumah ini sangat istimewa kerana mempunyai lebar keluasan tambahan sebanyak 22 kaki dan binaan dalaman rumah yang telah dipanjangkan sepenuhnya. Ini merupakan satu penjimatan kos yang sangat tinggi buat para pemilik rumah baru.

Bukan itu sahaja, terdapat ruang tambahan dibawah tangga dimana anda boleh menjadi lebih kreatif untuk mencipta ruang privasi anda sendiri samada untuk dijadikan ruang bekerja, belajar atau boleh juga dijadikan ruang makan keluarga.

Selain daripada itu, Garden@ the Top juga sangat istimewa kerana ia terletak di titik kawasan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan perumahan lain. Ia memberi suasana dingin dan berangin seakan berada di atas pergunungan. Bayangkan setelah seharian penat bekerja, anda pulang ke pangkuan keluarga & sama-sama luangkan masa di halaman rumah yang dingin & menenangkan jiwa.

Categories
Uncategorized

BungalowDEEs “Keanggunan Banglo pada Kos Semi D”

“Persona Rumah Banglo”

BungalowDees – Keanggunan banglo pada kos Semi-D. Miliki pesona rumah banglo & hidupkan impian anda di BungalowDees. Menawarkan keselesaan yang tiada tandingan dengan gaya hidup mewah & eksklusif. Direka khas dengan citarasa yang elegan dan fungsi yang pelbagai, setiap sudut ruang memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Dengan kos Semi-D, anda dapat menikmati ruang yang luas & siling yang tinggi dimana ia memberi kebebasan kepada pemilik rumah untuk mengekspresikan kreativiti dalam menghias reka bentuk dalaman rumah mengikut cita rasa tersendiri. Kini, setiap sambutan perayaan boleh disambut dengan gilang gemilang di kediaman megah anda sendiri. Sudah pastinya membuatkan masa bersama keluarga lebih bermakna & istimewa.

BungalowDees, sebuah kediaman yang sempurna buat mereka yang cintakan alam. Dengan pencahayaan semulajadi dari halaman luar rumah menembusi ruang tamu melalui pintu gelangsar yang besar, memberikan impak ketenangan & kelapangan ketika ahli keluarga berkumpul. Suasana seakan bercahaya dengan kehangatan dan keharmonian yang tiada tara di BungalowDees. Disinilah terlakarnya momen-momen indah anda bersama keluarga tersayang.